Wednesday, 1 February 2012

Ikhlas Wanita Takaful

Ikhlas Wanita Takaful




Pengenalan
Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.


Jenis Plan
Had Seumur Hidup
Kriteria
Plan A
RM    50,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan B
RM  100,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan C
RM    50,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan
Plan D
RM  100,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan




Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?
Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti

Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?

Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.
Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.
Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.
Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.

Had Umur dan Penyertaan

Umur Penyertaan
16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan
Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat
Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan
Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan
15 – 49 tahun


Sila hubungi Perunding Takaful Ikhlas anda :
Hazli Hashim 0193964117

Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful

Pelan IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful



KINI, HANYA DENGAN SEKALI CARUMAN SAHAJA DI TAKAFUL IKHLAS, ANDA BERPELUANG MENDAPATKAN PULANGAN YANG LEBIH LUMAYAN KEATAS PELABURAN ANDA MENERUSI IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL, IAITU SEBUAH PELAN YANG MEMBERIKAN TAMBAH NILAI KEPADA MODAL SERTA PERLINDUNGAN SECARA SERENTAK. TERDAPAT TIGA (3) JENIS DANA UNTUK PELABURAN, YAKNI DANA PERTUMBUHAN, DANA SEIMBANG SERTA DANA PENDAPATAN TETAP.

APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL IKHLAS?

1.Pulangan & Perlindungan Tertinggi keatas Pelaburan Anda


Untuk sekali sahaja bermula dengan pelaburan RM5,000, anda sebenarnya telah mengorak langkah pertama kearah perancangan kewangan yang berhemat dengan perlindungan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD). 
2.Faedah Kematian atau TPD*

Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan (bersamaan dengan 125% daripada caruman tunggal campur amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul dalam semua dana saham, bergantung kepada yang mana lebih tinggi) akan dibayar kepada peserta ataupun keluarga terdekat. 
*tertakluk kepada syarat


MENGAPA IKHLASCAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL?
1.Pengeluaran Wang Tunai
Amaun pengeluaran minimum ialah RM500. Pengeluaran separa adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM3,000 dalam semua dana amanah. Caj untuk urus niaga pengeluaran adalah seperti berikut (tertakluk kepada caj maksimum sebanyak RM50 untuk setiap pengeluaran ).

Tahun
Caj Pengeluaran
1
2
3
Selepas itu
Caj
3%
2%
1%
0%

2.Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, tertakluk kepada syarat berikut :
Amaun Minimum : RM500
Amaun Maksimum : 5 kali caruman tunggal untuk setiap tahun Penambahan sumbangan akan digunakan untuk membeli saham pelaburan tambahan dan/atau perlindungan tambahan.
3.Penamatan
Sijil Perakuan akan tamat setelah diserahkan atau apabila bayaran kematian atau TPD dibuat.
4.Yuran Tukar Ganti (setiap tahun sijil perakuan)
Tukar ganti pertama : Percuma
Tukar ganti berikutnya : RM50 untuk setiap tukar ganti
5.Syarat dan Had Umur
Umur Penyertaan : Pemilik Sijil
Perakuan : 18-60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.
Peserta : 1-60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya.
Had penyertaan 
Minimum - RM5,000
Maksimum - tertakluk kepada keputusan penaja jaminan gandaan RM500. 
Tempoh Tamat Umur Penyertaan
Apabila peserta mencapai umur 80 tahun, umur pada hari lahir berikutnya 
Jumlah Perlindungan 
125% daripada caruman tunggal campur amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul, bergantung kepada yang mana lebih tinggi.
untuk keterangan lanjut sila hubungi perunding takaful anda :
Hazli Hashim : 0193964117